Resepi Kuih Cara Manis Jagung

Resepi Kuih Cara Manis Jagung

Bahan-Bahan:

2 cawan tepung gandum
1 biji telur gred A – pukul dulu
1/2 cawan jagung dah hiris – bubuh lebih pun boleh, lagi sedap
3 1/4 cawan santan
Sedikit garam
Sedikit esen vanilla – tak nak letak pun boleh
Perisa jagung
Sedikit pewarna kuning telur

Cara Membuat:

1. Blender dulu jagung dengan 1 cawan santan (jangan blender halus sangat). Ketepikan dalam bekas lain.

2. Masuk semua bahan-bahan yang lain dalam bekas. Gaul rata, tuang dalam blender dan blend halus.

3. Tuang dalam jag sederhana, campur dengan 1 cawan jagung yang blender tadi dan kacau sebati.

4. Panaskan acuan cara atas dapur gas. Api perlahan dan sapu minyak. Tuang adunan penuh dalam acuan, biarkan sekejap, baru letak sedikit gula dalam adunan. Tutup dengan penutup periuk.

5. Agak-agak nampak naik adunan atau sedikit kekuningan kat tepi-tepi kuih. Boleh angkat dan keluarkan menggunakan lidi atau terbalikkan acuan atas bekas yang sesuai.

6. Untuk tuang adunan seterusnya, mesti kacau-kacau dulu adunan dalam jag, baru tuang. Ulang sehingga habis adunan. Siap dan sedia untuk makan.

Resepi Oleh: Zura Zul