Kek

Resepi Kek Lapis Ice Cream

resepi-kek-lapis-ice-cream

Resepi Kek Lapis Ice Cream

Bahan-Bahan: Loyang 7×7

250gm butter
1/2 cwn gula halus
5 biji telur ayam Gred A
1 1/2 cawan tepung HK @ tepung gandum (ayak 3x)
1/2 cwn susu pekat
1 tin nestle cream (170gm)
1/2 sudu besar ovelete
1/2 cawan creamer coffeemate @ Horlick
50gm tepung ice cream vanila
50gm tepung ice cream strawberi
50gm tepung ice cream coklat
1 sudu teh esen vanila
Esen strawberi + pewarna merah
Coklat emulco
150gm tepung ice cream vanila jika takder perisa strawberi & coklat .

Cara Membuat:

1. Pukul butter, gula dan ovelete hingga putih Dan kembang. Masukkan telur satu persatu hingga habis.

2. Masukkan esen vanila, masukkan susu pekat dan nestle cream. Gaul sebati.

3. Masukan bahan kering. Jika adunan agak kental masukkan susu segar secukupnya. Letak sikit demi sedikit sampai adunan jadi lembut. Gaul sebati.

4. Bahagikan kepada 3 bahagian. 1 kaler Letak tepung ice cream perisa coklat + coklat emulco. 1 kaler Letak tepung ice cream perisa strawberi + esen strawberi + pewarna merah. 1 kaler dibiarkan plain (tanpa kaler).

5. Bakar selapis-selapis hingga habis. Oven 170c ikut oven masing-masing. Bakar Guna api atas. Sukatan menggunakan cawan matrik.

Resepi Oleh: Nur Adam Yusuf