Puding

Resepi Puding Lapis Coklat Susu

resepi-puding-lapis-coklat-susu

Resepi Puding Lapis Coklat Susu

Bahan-Bahan:

20gm agar-agar tali
5 cawan air
1 cawan gula
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard – bancuh dengan sedikit air
3 sudu besar serbuk koko – bancuh dengan sedikit air panas
Secubit garam
Coklat rice – hiasan

Cara Membuat:

1. Masak agar-agar dengan air hingga larut agar-agar. Masukkan gula, kacau larutkan.

2. Masukkan susu cair, tepung kastard dan secubit garam. Sentiasa kacau-kacau hingga mendidih. Tutup api.

3. Adunan bahagi 2 bekas, satu bekas yang asal, dan satu bekas lagi + dengan serbuk koko yang di bancuh dengan air panas tadi. Kacau rata.

4. Tuang adunan yang coklat dalam loyang/acuan (basahkan dulu dengan air). Biarkan sederhana beku. Kemudiaan tuang pula adunan agar-agar yang asal kesemuanya perlahan-lahan dalam loyang/acuan.

5. 2-3 minit selepas tu, tabur coklat rice atas puding tadi. Masuk dalam peti sejuk, kemudian boleh hidang/menikmatinya.

Resepi Oleh: Zura Zul