snek, Snek

Resepi Popia Sira Kari

resepi-popia-sira-kari

Resepi Popia Sira Kari

Bahan-Bahan:

2 paket kulit popia

*Gulung dan gunting ikut saiz yang disukai, goreng hingga kekuningan. Sejukkan.

Bahan Sira –

3 labu bawang putih*
6 biji cili padi* – blend bahan bertanda * sampai lumat
6 tangkai daun kari atau lebih
6sb cili boh
8 sb gula pasir
3sb bijan

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak, tumis bahan blend. Masukkan daun kari, tumis hingga bawang putih masak.

2. Masukkan cili boh, tumis hingga masak juga atau pecah minyak. Selalu kacau untuk elakkan bawang dan cili boh hangit. Guna api sederhana.

3. Bila dah pecah minyak, masukkan gula. Masa ni terus perlahankan api (sangat-sangat penting untuk elakkan gula hangus).

4. Kacau hingga gula larut, masukkan popia yang dah siap digoreng. Gaul sebati bagi meresap semua bahan tumis.

5. Masukkan bijan, kacau 2-3 minit. Boleh tutup. Pindahkan dalam bekas besar, sejukkan dan terus masuk dalam bekas kedap udara.

Resepi Oleh: CiksuAdah Razali