Daging

Resepi Keema Daging dan Timun Yogurt

resepi-keema-daging-dan-timun-yogurt

Resepi Keema Daging dan Timun Yogurt

Bahan Untuk Keema Daging

1/2 kg daging dipotong kecil dibersihkan
sedikit halia
3 biji bawang putih dicincang halus
2 biji bawang besar saiz sederhana dicincang halus
2 sudu kecik serbuk ketumbar (ditumbuk)
1 sudu kecil serbuk jintan putih
2 sudu besar cili kisar
1 btg kayu manis
3 biji bunga lawang
3 biji bunga cengkih
3 biji buah pelaga
[email protected] biji tomato dipotong dadu
kacang pis
sedikit minyak untuk menumis
2 sudu yogurt plain
1 sudu besar garam masala

Caranya Memasak:

1. Panaskan minyak, masukkan bawang besar, bawang putih, dan halia. Biar ia naik bau dan masukkan cili kisar.

2. Masukkan rempah 4 beradik (kayu manis, lawang, cengkih, pelaga), kemudian masukkan rempah serbuk ketumbar dan jintan putih dan garam masala.

3. Kemudian masukkan daging dan sedikit air, masak hingga empuk.

4. Masukkan sedikit air lagi jangan terlalu cair sangat ye, sebab ia tak guna santan. Masukkan tomato, kacang pis, yogurt dan perasakan dengan garam.

Enak Dimakan Bersama Roti Naan Cheese

Resepi Keema Daging dan Timun Yogurt

Bahan Untuk Timun Yogurt

Cuba Resepi Ni:  Resepi Mudah Daging Masak Asam Sedap

2 Batang timun diracik halus
2 cawan plain yogurt
sedikit garam
sedikit dry mint

Caranya:

1. Campurkan kesemuanya dalam satu bekas.

Timun Yogurt

Resepi dan Gambar Dari:  Tahrunnisah Jali