Resepi Daging Hitam ala Kampung

Resepi Daging Hitam ala Kampung

Bahan-Bahan:

Semangkuk daging lembu – dipotong kecil
4 sb pes bawang merah+putih
3 sb pes cili kering
Sebatang serai – dihiris nipis
Segenggam kecil biji ketumbar – rendam dalam air sebentar
Kicap manis cap kipas udang
Garam dan gula secukup rasa

Cara Memasak:

1. Rebus daging hingga empuk. Kemudian, tumbuk daging menggunakan lesung batu. Tumbuk hingga daging separa hancur.

2. Perapkan daging tumbuk dengan kicap manis. Perap dalam 15 minit atau lebih. Biarkan seketika.

3. Sediakan kuali, panaskan minyak. Tumis pes bawang putih+merah, masukkan pes cili kering. Tumis hingga pecah minyak.

4. Masukkan perapan daging tadi. Gaul. Masukkan pula biji ketumbar dan hirisan serai.

5. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul hingga sebati. Biarkan daging masak.

6. Kalau nak daging kering, boleh tutup seketika kuali dengan penutup. Bila daging dah sebati, boleh tutup api dan hidangkan. Makan dengan nasi panas. Boleh disimpan 2-3 hari.

Resepi Oleh: Dapur Saji