Sayur

Cara Buat Acar Buah Premium

cara-buat-acar-buah-premium

Cara Buat Acar Buah Premium

Bahan-Bahan:

  • 2 biji bawang besar, 5 ulas bawang putih, segenggam kecil cili kering – blend dengan air masak dan sedikit minyak
  • Bawang merah kecil, bawang putih, halia potong sebesar mancis, ikut suka nak letak banyak mana – masak dengan 1 cawan cuka makan
  • Gula – 3/4 cawan, klu kurang manis blh tambah
  • Gula kerek – sekeping
  • Garam 1 sudu teh
  • Serbuk kari 1 sudu besar (tak kisah kari daging or ikan)
  • Jeruk ceri campur (saya guna jeruk pak ali)
  • Limau jeruk
  • Kurma
  • Lobak masin
  • Limau kering
  • Kismis
  • Lain2 jeruk/buah kering – ikut suka
  • Cili padi merah dan hijau
  • Minyak 1 cawan

Cara Buat:

1. Panaskan minyak, masuk bahan blend. Masak sekejap, masukkan serbuk kari. Masak sehingga pecah minyak dengan api perlahan.

2. Masukkan bahan yang dimasak dengan cuka tadi. Masukkan juga separuh daripada baki cuka tersebut. Biar mereneh sekejap.

3. Masukkan gula kerek dan gula pasir. Biar sehingga gula berkaramel. Biar mereneh sehingga kuah pekat.

4. Masukkan semua bahan untuk acar. Kacau sebati dan masak sehingga mendapat kepekatan yang diingini. Masuk garam jika perlu.

5. Tutup api, biarkan acar sejuk. Simpan dalam bekas bertutup.

Cara Buat Acar Buah Premium

Resepi Oleh: Noor Mazni Mohd Noor