
Resepi Pasta Spiral Goreng Lada Hitam
Bahan-Bahan:
1 peket pasta spiral
1 peket daging kisar atau 1 peket daging burger Ramly
3 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
4 sudu besar sos tiram
1 sudu besar biji lada hitam (Ditumbuk halus)
kiub perasa daging/ayam
Garam secukup rasa
Minyak masak/zaitun
Daun bawang atau daun sup secukupnya
Cara Memasak:
1. Rebus pasta sampai empuk kemudian tokan. Kupas bawang dan dipotong kecil serta ditumbuk sampai lumat.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bawang dan kacau sampai terbit bau wangi.
3. Masukkan daging kisar dan kacau semua bahan dan hancur-hancur daging kisar kemudian masukkan sos tiram dan kiub daging.
4. Masukkan semua pasta tadi dan kacau mesra semua bahan kemudian masukkan serbuk lada hitam dan daun bawang/sup yang diracik nipis.
5. Jika kurang masin baru la ditambah garam dan bila pasta dah masak boleh la ditutup api. Hidangkan.