
Resepi Kerepek Gunting
Bahan-Bahan:
700 g tepung gandum
10 tangkai lada kering – boleh tambah
2 labu bawang besar
1 gengam ikan bilis/udang kering
2 sudu kecil jintan halus
1 sudu kecil jintan kasar
1/4 cwn minyak masak ( panaskan)
2 sudu besar majerin
200 ml santan
garam secukup rasa
sedikit serbuk kunyit
daun kari- hiris
Cara Membuat:
1. Masukkan santan dalam blender dan masukkan semua bahan kasar. Kisar hingga halus.
2. Gaul ramas tepung dgn majerin, tuang minyak panas dan gaul sebati.
3. Uli tepung dgn semua bahan kisar, dan perasakan dgn garam. Uli hingga menjadi doh.
4. Buat bebola kecil, boleh guna mesin mee, kalau tak ada mesin, boleh canai nipis-nipis, potong dan gunting.
5. Goreng dalam minyak panas guna api sederhana. Sambil goreng tabur daun kari.