Daging

Resepi Paru Goreng Crispy Masak Merah

resepi-paru-goreng-crispy-masak-merah

Resepi Paru Goreng Crispy Masak Merah

Paru goreng crispy masak merah, ratah gitu je pun boleh habis makan sorang. Sedap, saya suka potong nipis dan kecil.

Bahan-Bahan:

  • 1/2 kg paru (basuh bersih dan tos)⁣
  • air secukupnya ⁣
  • garam secukup rasa ⁣
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit⁣
  • 1 sudu besar tepung jagung⁣
  • 1 cawan minyak⁣
  • 7 biji cili merah*
  • 5 biji cili api merah* (boleh lebihkan kalau suka pedas)
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3cm halia*
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tomato
  • Garam, gula & aji secukup rasa
  • 1 biji bawang besar dimayang (untuk ditabur dalam sambal kemudian)

Cara Memasak:

1. Rebus paru sampai paru empuk, kalau guna high pressure cooker proses merebus lebih mudah dan sekejap. Kalau rebus cara biasa masa diambil lebih kurang 1 1/2 – 2jam baru paru akan empuk.

2. Buang air rebusan dan toskan, biar sejuk.⁣ Bila paru dah tak panas, hiris nipis-nipis. Kemudian, gaul dengan garam, kunyit dan tepung jagung sampai sebati. Perap selama sejam.⁣

3. Panaskan minyak, goreng paru hingga garing. Sekali goreng, sikit-sikit ye, jangan banyak-banyak nanti tak garing. ⁣ Bila dah garing, angkat dan toskan minyak. Goreng sampai habis dan ketepikan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Sup Tulang

4. Tumbuk atau kisar bahan-bahan yang bertanda (*) hingga agak halus. Ambil sedikit minyak lebihan gorengan paru tadi, panaskan dalam kuali dan tumiskan bahan-bahan kisar hingga garing.

5. Masukkan aji, sos tiram, sos cili, dan sos tomato. Kacau seketika dan rasa, sesuaikan rasa. Kemudian kalau kurang boleh lah tambah gula dan garam mengikut citarasa anda.

6. Bila dah cukup rasa, masukkan paru yang telah digoreng bersama bawang besar yang telah dimayang. Kacau seminit dua, siap.

Resepi Paru Goreng Crispy Masak Merah⁣

Resepi Oleh: Adnil Sam