Ikan, Makanan Laut, Masakan Thai

Resepi Ikan Kaci Stim Ala Thai

resepi-ikan-kaci-stim-ala-thai

Resepi Ikan Kaci Stim Ala Thai

Bahan-Bahan:

  • 1 ekor ikan kaci⁣
  • 6 btg serai (ketuk)⁣
  • 1 cawan air⁣
  • 1 kiub ayam⁣
  • 1 paket Serbuk Nasi Goreng Ayam Adabi
  • 5 ulas bawang putih (cincang halus)⁣
  • 7 biji cili api merah & hijau (hiris halus)⁣
  • 1 sudu besar gula nisan thai⁣
  • 3 sudu besar jus limau⁣
  • 2 sudu besar sos ikan

Cara Membuat:

1. Sumbat serai dalam perut ikan. Panaskan pengukus dan kukus ikan selama 10 minit, guna api besar.

2. Sementara itu, dalam periuk kecil, masukkan air, kiub ayam dan serbuk nasi goreng ayam. Buka api dan kacau hingga mendidih. Tutup api, biar sejuk.

3. Masukkan bawang putih cincang dan cili api dihiris dalam mangkuk. Tuangkan rebusan stok ayam tadi dalam mangkuk. ⁣Perasakan dengan gula nisan, jus limau dan sos ikan. Kacau sebati.

4. Tuang dalam kukusan ikan tadi. Sambung kukus 15 ke 20 minit atau sehingga ikan masak. Lagi sedap kalau tabur hirisan daun ketumbar. Siap.⁣

Resepi Ikan Kaci Stim Ala Thai

Resepi Oleh: Dapurfaafeefoo