Biskut

Resepi Oreo Nugget Terlajak Sedap

resepi-oreo-nugget-terlajak-sedap

Resepi Oreo Nugget Terlajak Sedap

Bahan-Bahan:

  • Biskut Oreo secukupnya (Bekukan dulu)
  • Tepung gandum 150gm
  • Baking powder 1 sudu kecil
  • Gula halus 2 sudu besar
  • Garam secubit
  • Telur A sebiji
  • Susu cair 90ml
  • Butter cair 3 sudu besar
  • Bread crumb secukupnya
  • Minyak untuk menggoreng

Cara Membuat:

1. Ayak tepung, baking powder, gula halus, garam, masukan telur aduk rata.

2. Masukkan susu cair sedikit demi sedikit sambil diaduk rata, lalu masukan butter cair. Adunan siap!

3. Masukan satu per satu oreo kedalam adunan tepung tadi pastikan adunan tepung menutup keseluruhan badan oreo. setelah itu salut lagi menggunakan bread crumb.

4. Goreng menggunakan api yang sederhana sehingga garing kuning keemasan.

5. Sejukkan dan letak topping yang anda inginkan nutella, coklat, cheese, matcha dan sebagainya.

Resepi Oreo Nugget Terlajak Sedap

Sumber: Jejaka Brownie