Nasi

Resepi Nasi Ketumbar, Rasa Sedap dan Wangi

resepi-nasi-ketumbar-rasa-sedap-dan-wangi

Resepi Nasi Ketumbar, Rasa Sedap dan Wangi

Bahan-Bahan:

  • 3 pot beras basmati – cuci, rendam 30 minit dan tuskan
  • 3 1/2 pot air – refer to peket beras seeloknya
  • 1/2 cwn susu segar
  • 1 sdm jus lemon
  • 1 sdm serbuk ketumbar dibancuh sedikit air
  • 1 pokok daun ketumbar dihiris halus
  • 1 biji tomato dadu kecil
  • 1 sdm minyak sapi
  • 1 sdm minyak jagung
  • Beberapa titis pewarna hijau or kuning
  • 1 sdk garam n 1/2 kiub ayam

Bahan Tumis:

  • 1/2 biji bawang besar didadu
  • 3 ulas garlic didadu
  • 1 inc halia dihiris
  • 1 kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga

Cara Membuat:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak jagung. Tumis bahan tumisan hingga wangi. Masukkan serbuk ketumbar yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau hingga pecah minyak.

2. Masukkan tomato dan daun ketumbar. Kacau sebati. Masukkan air, jus lemon, susu, pewarna, garam dan kiub ayam. Biarkan hingga mendidih, kemudian masukkan beras.

3. Kacau sebati, kemudian pindahkan ke periuk nasik elektrik. Masak nasi seperti biasa. Bila nasi dah masak, gemburkan dengan sudu garfu. Hidangkan bersama lauk kegemaran.

Nota: Boleh juga guna salah satu samada daun ketumbar atau serbuk ketumbar sahaja.

Resepi Nasi Ketumbar, Rasa Sedap dan Wangi

Resepi Oleh: Keroroyz Royz