Kek

Resepi No Bake Toblerone Cheesecake Kurang Manis

resepi-no-bake-toblerone-cheesecake-kurang-manis

Resepi No Bake Toblerone Cheesecake Kurang Manis

Resepi ini hanya pakai 1 sudu makan gula icing sahaja, jadi ia kurang manis. Jom cuba!

Bahan-Bahan:

Lapisan Pertama – Base

  • 60 gram butter
  • 170 gram digestive biskut yang dihancurkan

Lapisan Kedua – Toblerone Mousse

  • 250 gram cream cheese
  • 220 gram toblerone yang dicairkan
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 500 gram dairy whipping cream
  • 2 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu makan gula icing
  • 1 sudu kecil perahan lemon

Lapisan Ketiga – Ganache

  • 30 gram Toblerone
  • 100 gram dark chocolate
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 130 gram dairy whipping cream
  • 1 sudu kecil butter

Loyang: 7 inci

Cara Membuat:

Lapisan Pertama – Base

1. Cairkan 60 gram butter. Gaulkan bersama 170 gram digestive biskut yang telah dihancurkan. Mampatkan dalam loyang, setkan dalam chiller selama 30 minit.

Lapisan Kedua – Toblerone Mousse

2. Putar 250 gram cream cheese yang sudah berada pada suhu bilik. Kemudian masukkan 220 gram toblerone yang telah dicairkan bersama 1 sudu kecil perahan lemon, 2 sudu makan serbuk koko, dan 1 sudu kecil essen vanila. Putar hingga sebati.

3. Pada bekas yang lain, putar 500 gram dairy whipping cream dengan 1 sudu makan gula icing. Putar hingga kental. Bila whipping cream dah kental, pakai kaedah kaup balik untuk satukan cream cheese dan whipped cream tadi. Bila dah sebati, tuang dalam loyang, ratakan. Setkan semalaman dalam chiller.

Lapisan Ketiga – Ganache

4. Masukkn 30 gram Toblerone bersama dengan 100 gram dark chocolate, 1 sudu makan serbuk koko, 110 gram dairy whipping cream, dan 1 sudu kecil butter. Double boil sehingga sebati.

5. Tapiskan dan tuang atas kek yang telah ditanggalkan dari loyang. Terpulang nak buat dripping or nak masuk terus atas loyang. Setkan 1 jam dalam chiller, then dah boleh makan. Deco atas kek terpulang kreativiti masing masing. Selamat mencuba semua.

Resepi No Bake Toblerone Cheesecake Kurang Manis

Resepi Oleh: Mr. Ali