Resepi Kuih Cantik Manis Terasa Lemak Manisnya

Resepi Kuih Cantik Manis Terasa Lemak Manisnya

Yang ni sama dah lama buat ni baru nak pos. Serius suka kuih ni. Terasa lemak manisnya. Sekali rasa pasti nak lagi. Si Cantik Manis nama kuih ni. Resepi dari Eka Zahra.

Bahan A:

  • 2 sudu makan sagu merah direbus
  • 2 sudu makan sagu hijau direbus

Bahan B:

  • 45 gram tepung hunkwe
  • 75 grm gula pasir halus
  • 450 ml santan cair
  • 1/4 sudu teh garam
  • 1 helai daun pandan disimpul

Cara Membuat:

1. Rebus bahan A hingga kembang dengan api perlahan di dalam periuk berasingan (sagu merah + 2 cawan air dan sagu hijau + 2 cawan air).

2. Bila sagu dah kembang kita bubuh dalam tapis halus dan lalukan di air paip bertujuan untuk membuang sagunya. Bila sagu dah cantik sebiji-sebiji toskan dan masukkan ke dalam mangkuk.

3. Satukan bahan B ke dalam periuk, tepung hunkwe, santan, gula, garam dan daun pandan. Kacau rata hingga licin tak berketul.

4. Masak guna api yang perlahan sambil dikacau hingga adunan pekat dan meletup-letup. Tutup api. Bahagi dua adunan dan masing-masing adunan tambahkan sagu. Sebatikan.

5. Basahkan acuan dengan air, kemudian sudukan adunan. Simpan dalam peti sejuk hingga mengeras. Setelah sejuk dan mengeras, kuih Cantik Manis sedia untuk dinikmati.

Resepi Kuih Cantik Manis Terasa Lemak Manisnya

Resepi Oleh: Aznie Khasri