Nasi

Resepi Nasi Kuning ala Nasi Kandar

resepi-nasi-kuning-ala-nasi-kandar

Resepi Nasi Kuning ala Nasi Kandar

Salam Jumaat Yang Barakah. Alhamdulillah… Siap masak memasak untuk anak-anak asrama tengahari nie. Masak awai sebab satgi anak-anak asrama lelaki nak ke masjid, solat jumaat. Menu saya hari nie, Nasi kuning ala-ala nasi kandaq dengan rendang ayam dan dalca sayur.

Bahan Nasi Kuning:

  • 4 cawan beras basmati
  • 5 cawan air
  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • 2 inci halia (dihiris nipis)
  • 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih, bunga lawang)
  • 2 helai daun pandan (disimpul)
  • 1 batang serai
  • 1 uncang sup bunjut
  • Marjerin/butter (untuk menumis)
  • 1 kiub ayam/serbuk pati ayam
  • Garam, gula
  • Bawang goreng (hiasan)

Cara Memasak:

1. Panaskan marjerin dalam periuk nasi. Tumiskan bawang besar, bawang putih serta halia yang dihiris tadi beserta 4 sekawan, bunjut sup dan daun pandan.

2. Bila dah garing dan dah naik bau, masukkan air beserta bahan perasa. Bila air dah mendidih, masukkan beras yang dah dibasuh tadi. Masak seperti masak nasi biasa.

3. Bila nasi dah masak, taburkan bawang goreng. Siap.

Resepi Nasi Kuning ala Nasi Kandar

Bahan Rendang Ayam:

  • 1 Ekor ayam
  • 4 biji bawang besar*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 2 inci halia*
  • 15 tangkai cili kering*
  • 10 biji cili api*
  • 2 inci lengkuas*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 4 batang serai*
  • 1 camca jintan manis
  • 1 camca jintan putih
  • 1 camca biji ketumbar
  • 4 cawan santan
  • 2 camca kerisik
  • 1 keping asam keping
  • Garam, gula
  • Daun kunyit (dihiris halus)

Cara Memasak:

1. Jintan manis, jintan putih serta biji ketumbar, disangai kemudian blend kering. Bahan-bahan yang bertanda (*) dihiris kemudian diblend hingga halus.

2. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan-bahan yang diblend tadi sehingga pecah minyak. Kemudian, masukkan ayam. Bila ayam dah kecut dan air ayam hampir kering, bleh masukkan santan.

3. Bila dah pecah minyak, masukkan kerisik, asam keping beserta bahan-bahan perasa. Bila semua rasa dah ok dan kuah hampir kering, bleh masukkan daun kunyit yang dihiris halus. Siap, boleh la diangkat.

Resepi Nasi Kuning ala Nasi Kandar

Bahan Dalca Sayur:

  • 2 biji bawang besar (diblend)
  • 3 ulas bawang putih (diblend)
  • 2 inci halia (diblend)
  • 10 tangkai cili kering (diblend)
Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Ayam ala Chinese

Bahan Tumis:

  • 1 biji bawang besar (dimayang)
  • 2 ulas bawang putih (dimayang)
  • 1 inci halia (dimayang)
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 biji bunga cengkih
  • 1 tangkai daun kari
  • 2 paket kecik rempah kari daging
  • Sedikit tulang-tulang ayam, tengkuk ayam @ kaki ayam
  • 3 biji kentang
  • 2 batang lobak merah
  • 1 batang terung panjang
  • 4 btg kacang panjang
  • 2 biji tomato
  • 1 biji cili besar
  • 2 cawan santan
  • Garam, gula
  • Minyak untuk menumis

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Bila minyak dah panas, tumis bahan-bahan tumisan tadi sehingga naik bau dan garing. Kemudian masukkan bahan-bahan yang diblend beserta serbuk kari. Masak sehingga pecah minyak.

2. Kemudian, masukkan tulang-tulang, tengkuk serta kaki ayam. Bila segala tulang temulang tadi masak, masukkan santan. Bila dah mendidih, masukkan sayur yang keras seperti kentang dan carrot.

3. Bila dah lembut, masukkan kacang panjang dan terung. Masukkan bahan-bahan perasa dan akhir sekali, masukkan tomato serta cili besar. Siap untuk dihidangkan.

Nota: Resepi yang saya bagi tu untuk kuantiti yang sedikit. Kalau nak buat banyak, boleh lebihkan segala mak nenek bahan-bahan tu.

Resepi Nasi Kuning ala Nasi Kandar

Resepi Oleh: Shah Shatry