Ayam

Resepi Ayam Masak Hitam Masala

resepi-ayam-masak-hitam-masala

Resepi Ayam Masak Hitam Masala

Bahan-Bahan:

3-4 bawang besar – Lebih banyak bawang, Lebih sedap
Minyak (1 1/2 cawan)
Jintan besar 1 sudu kecil
Kayu manis 2
Bunga lawang 3
Daun kari
1 sudu besar serbuk cili Babas

Bahan Perap 30 minit –

  • 1 kg ayam (potong sederhana besar), cuci dan tos betul betul
  • Halia+ bawang putih blend
  • Chili kering blend ikut pedas anda mahu
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • Garam.

Cara Memasak:

1. Tuang minyak, bila dah panas, masukkan jintan, kayu manis dan bunga lawang. Tumis dan masukkan ayam yang telah diperap.

2. Kacau sehingga air ayam tu tinggal sikit. Masukkan bawang, kacau sebati. Masukkan daun kari serta serbuk cili.

3. Waktu ini kena jaga betul betul. Ayam akan mula lekat kat kuali, korek-korek dan kacau. Masukkan minyak jika perlu. Kacau sehingga minyak naik dan warna beransur hitam. Goreng dan goreng lagi sehingga ayam dah semakin gelap warnanya.

4. Bila anda rasa hasil dah mantap, tutup api. Makan dengan nasi panas-panas. Bab yang paling sedap dimakan adalah yang minyak tu. Walau menggemukkan, tapi betul sedap tu! Hidangkan dengan rasam dan sayur kacang/buncis/ timun/kobis.

Memang best. Tahan sehari dua. Jangan campur kicap hitam dek kerana malas nak kacau, kena goreng sampai dapat warna tu. Sekian.

Resepi Ayam Masak Hitam Masala

Resepi Oleh: Kalavathy Rasalingam