Daging, Nasi

Resepi Nasi Daging Utara Dengan Air Asam

resepi-nasi-daging-utara-dengan-air-asam

Resepi Nasi Daging Utara Dengan Air Asam

Bahan-Bahan:

Daging setengah kg potong kiub sederhana kecil dan rebus
Beras 5 cwan
2 sb rempah kurma
3 sekawan
1sb marjerin
1 ulas bawang merah hiris
1 ulas bawang putih hiris
1 helai daun pandan
Setengah kiub pati ayam
Suku setengah cawan susu cair
2 sb sos tomato

Cara Memasak:

1. Panskan minyak dan marjerin. Tumis bawang merah, bawang putih, daun pandan, 3 sekawan dan serbuk
kurma. Kacau kejap biar sebati dan bau harum.

2. Masukkan beras yang dah dicuci dan ditoskan kacau biar sebati. Masukkan 4 setengah cawan air rebusan daging dan susu cair dan sos tomato.

3. Pindahkan periuk nasi ke periuk elektrik tunggu je sampai masak. Hiaskan dengan daun sup dan bawang goreng.

Cara Buat Air Asam Kerisik

Bahan-Bahan:

1 biji tomato dihiris
3 ulas bawang merah hiris
3 biji cilipadi hiris
Asam jawa
1 sb kerisek
3 batang cili merah*
4 biji cili padi*
Belacan bakar besar ibu jari*
Garam*
Gula*

Cara Membuat:

1. Tumbuk bahan bertanda * di atas. Bahan hiris masukkan dalam mangkuk.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Nasi Basmati Berempah dan Ayam Tandori

2. Masukkan bahan tumbuk ke dalam mangkuk. Masukkan asam jawa dan masukkan air sikit ramas-ramas biar sebati.

3. Masukkan kerisek dan ramas-ramas lagi. Siap untuk dihidangkan bersama nasi daging.