Kek

Resepi Kek Cheese Leleh Durian

resepi-kek-cheese-leleh-durian

Resepi Kek Cheese Leleh Durian

Bahan-Bahan:

Bahan A (blend sehingga gebu) –

5 biji telur
Secawan gula halus
200 gm isi durian
1 sudu kecil Pewarna kuning
1 sudu kecil penuh Ovelete

Bahan B (ayak sama) –

2cawan gandum
1sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder

Bahan C –

Setengah cawan minyak
Secawan air masak (bukan panas)

Cara Membuat:

1. Ambil bahan A (blend) masukkan ke dalam bekas bahan B dan kacau sebati (kacau manja secara manual saja).

2. Kemudian, masukkan minyak kacau sikit then masukkan air kacau sebati (adunan macam cair tak pekat). Siap.

3. Masukkan ke dalam loyang (sapu minyak sikit supaya kek tak melekat bila dah masak nanti) dan kukus atau bakar sehingga masak (40 minit). Saya punya kukus.

4. Bila dah masak, sejukkan kemudian letak topping cheese leleh serta parutan cheese.

Cara Buat Topping Cheese Leleh

Bahan-Bahan:

Cream cheese tatura (250gram)
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
500gm isi durian

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Oren Sunquick Badam

Cara Membuat:

1. Blend bersama sehingga cair/sebati dan masukkan dalam peti terlebih dahulu baru tuang ke atas kek.

Resepi Oleh: Puan Nur