Resepi Donut Bersantan Lembut dan Gebu

Resepi Donut Bersantan Lembut dan Gebu

Bahan-Bahannya:

  • 500 gram tepung gandum
  • 3 gram baking powder
  • 60 gram gula halus
  • Secubit garam
  • 1 biji telur
  • 50 gram marjerin atau butter
  • 11 gram yis mauripan
  • 1/2 cawan santan kotak
  • 1/2 cawan air suam
  • Minyak masak
  • 4 sudu makan shortening (optional)

Caranya:

1. Dalam mixer, satu kan semua bahan kering. Adun kan sebati, kemudian masukkan telur, santan dan air. Adunkan lagi sampai sebati. Masukkan marjerin dan garam, adun lagi sampai elastik.

2. Timbang 40g, kemudian bentukan donut mengikut citasara masing-masing. Pastikan jari dan dulang untuk susun donut yang sudah dibentuk bertepung sedikit.

3. Tutup dengan kain lembab, rehat kan selama 40 minit atau naik sehingga 2 kali ganda. Celup jari dalam tepung dan tekan di tengah adunan buat sampai habis, rehat kan lagi 10 minit tanpa di tutup.

4. Panaskan minyak, masukan 4 sudu besar shortening dalam minyak. goreng di dalam minyak yang sederhana banyak dengan api sederhana sehingga kuning keemasan. Balik kan sekali aje ye, baru dapat ring. Angkat dan toskan.

Resepi Donut Bersantan Lembut dan Gebu

Resepi Oleh: Lina Thomas