Resepi Nasi Dagang

Resepi Nasi Dagang

Bahan-Bahan:

4 cawan beras nasi dagang
1 tin (400ml) santan pekat
4-5 ulas bawang merah – dimayang
1 cm halia – hiris macam bilah mancis
1 sudu kecil halba
garam
gula

Cara Memasak:

1. Bersih beras dan rendam. Sekurang-kurangnya 4 jam. Saya rendam semalaman.

2. Ambik 1/4 tin santan. Tambahkan 1/4 cawan air untuk jadikan santan cair. 3/4 tin santan lagi jadikan sebagai santan pekat.

3. Masak santan pekat bersama bawang, halba, garam dan gula sehingga gula/garam hancur. Jangan biarkan terlalu lama. Nanti nasi akan rasa cepat muak.

4. Toskan beras. Kukus sekejap lebih kurang 5 minit. Kemudian angkat dan gaulkan dengan santan cair. Kukus semula sehingga nasi masak.

5. Bila nasi dah masak, angkat dan gaul pula dengan santan pekat. Kukus semula dalam 5 minit.

6. Bila dah siap bolehlah dihidangkan bersama gulai ikan tongkol atau kari ayam.