Ayam

Resepi Kari Ayam Kampung

resepi-kari-ayam-kampung

Resepi Kari Ayam Kampung

Bahan-Bahan:

Bahan Tumis –

2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 kuntum bunga lawang
5-6 kuntum bunga cengkih
2 batang kulit kayu manis
2 tangkai daun kari

Bahan Kisar –

1 bungkus rempah kari
15 tangkai cili kering
11/2 inci halia
8-9 ulas bawang merah
1 sudu teh serbuk kunyit
Bahan Lain
1/2 ekor ayam kampung
11/2 cawan santan
2 sudu besar kerisik (letak masa kuah mendidih)
Ubi kentang (potong 4)
Garam secukup rasa
Minyak untuk menumis
Air

Cara Memasak:

1. Panaskan minyak. Masukkan bahan-bahan tumis. Biarkan sehingga kekuningan dan naik bau.

2. Masukkan bahan-bahan kisar. Masak sampai pecah minyak.

3. Masukkan pula ayam dan kentang. Gaul sebati.

4. Tuangkan santan. Biar mendidih perlahan-lahan.(Boleh tambahkan air, jika perlu)

5. Perasakan dengan garam secukupnya.

6. Biarkan hingga ayam empuk. Sedia untuk dihidang.

Tips dan petua:

– Ayam dibasuh dengan cuka dan garam
– Goreng ayam terlebih dahulu
– Masukkan ayam masa pecah minyak
– Masak dengan api perlahan

kari-ayam-kampung