Nasi

Resepi Nasi Biryani Thai (Khao Mok Gai)

resepi-nasi-biryani-thai-khao-mok-gai

Resepi Nasi Biryani Thai (Khao Mok Gai)

Jom masak resepi nasi biryani Thai atau Khao Mok Gai. Ada kelainan dari nasi biryani biasa.

Bahan-Bahan Perap Ayam:

  • 4 ketui peha ayam
  • 1/2 bj bwg besar*
  • 2 ulas bwg putih*
  • 1/2 inc halia*
  • 2 tangkai daun ketumbar*
  • Tumbuk/kisar bahan bertanda*
  • 1 cwn yogurt
  • 1 sdk gula
  • 1 sdk garam
  • 1 sdk setiap rempah berikut;
  • Serbuk kari
  • Serbuk kunyit
  • Serbuk jintan putih
  • Serbuk ketumbar
  • Lada putih
  • Serbuk kayu manis

Bahan Nasi:

  • 2 pot beras basmati
  • 3 pot air (ikut sukatan biasa masak nasi)
  • 2 helai daun bay
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 bj buah pelaga
  • 1/2 kiub ayam (kalau guna stock ayam tak perlu guna kiub)
  • 1 sdm minyak masak
  • 1 sdm butter (akak guna minyak sapi)

Bahan Sos Pencicah:

  • 5 bj cili padi siam hijau (akak guna 15 biji)
  • 6 ulas bwg putih (akak guna 3)
  • 1/2 cwn daun pudina
  • 1/2 cwn daun ketumbar
  • 1/4 cwn cuka (ejas la ikut masam camne)
  • 1/4 cwn gula
  • 1 sdm garam

Bahan Hiasan: Bawang goreng, timun & tomato.

Cara Memasak:

1. Bersihkan peha ayam dan cucuk-cucuk dengan pisau. Kemudian perap ayam dengan semua serbuk rempah, bahan tumbuk garam, gula dan yogurt sekurang-kurangnya selama 1 jam di dalam chiller.

2. Panaskan minyak dan butter dalam kuali, kemudiaan goreng ayam untuk perangkan kulitnya. Angkat dan ketepikan. Ayam akan dimasak kemudian bersama nasi.

3. Di dalam periuk nasi, panaskan baki minyak dan butter, kemudian tumis daun bay, buah pelaga, bunga lawang dan baki perapan ayam hingga wangi serta masukkan beras. Goreng beras dalam 2, 3 minit. Kemudian masukkan air, kiub ayam dan garam secukup rasa. Susun ayam diatas beras, kemudian masak nasi seperti biasa.

4. Sos pencicah; di dalam sauce pan didihkan cuka, garam dan gula hingga semua cair. Sejukkan. Masukkan kesemua bahan sos ke dalam blender dan blend hingga halus.

5. Hidangkan nasi bersama ayam, sos pencicah, timun dan tomato. Taburkan bawang goreng.

Nota: Resepi ni akak combine dari 2 orang blogger Thai. Nasinya wangi, ayamnya lembut dan sos pencicah tu wajib buat ye dan rasa dia memang ada zest. Kena buat pedas-pedas sikit sos tu baru berasap tinge. Seriously sedap dan berbaloi terai.

Resepi Nasi Biryani Thai (Khao Mok Gai)

Resepi Oleh: Keroroyz Royz