Resepi Ayam BBQ Madu Berempah

Resepi Ayam BBQ Madu Berempah

Syok jugak buat slot bbq waktu cuti panjang tengah kumpul ramai-ramai. Bosan makan ayam perapan sama, cikgu buat perapan sendiri. Alhamdulillah, habis licin.

Anggaran untuk 4 ekor ayam

1. Ayam dibersihkan. Kemudian kelar & cucuk garfu pada setiap isi ayam.

2. Bahan kisar;

  • 8 batang serai
  • 3 biji bawang besar Holland
  • 2 biji bawang merah Bombay
  • 1 labu bawang putih
  • 2 inci halia

3. Kisar lumat semua bahan di atas dengan sedikit sahaja air. Kemudian campurkan dengan bahan rempah. Rujuk gambar seterusnya.

4. Kisar asing 14 tangkai cili kering besar (cili kering ni tak pedas ye. Warna pun merah cantik. Jadi kalau guna yang jenis kerinting, boleh kurangkan kuantiti).

Buang semua biji. Rebus terlebih dahulu. Kemudian kisar sehingga lumat.

5. Bahan kisar tadi ditambah dengan;

  • 3 sudu besar biji ketumbar
  • 3 sudu besar jintan putih
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1/2 sudu besar mixed herbs

Kisar sekali lagi seketika.

6. Siapkan tambahan bahan perapan lain;

  • 1/2 kg gula pasir
  • 1 senduk madu
  • 3 sudu besar garam halus
  • 1 sudu besar perencah Hilal
  • 2 senduk kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 senduk sos cili
  • 2 1/2 sudu besar pewarna merah terang

Sukatan bahan di atas hanya anggaran lebih kurang sahaja. Boleh tambah atau kurangkan ikut citarasa sendiri.

Yang penting lebihan rasa ayam perlu lebih manis disesuaikan dengan namanya.

7. Ini pewarna merah yang cikgu gunakan selepas semua bahan kisar dan bahan perapan lain disatukan. Kacau rata.

8. Pes yang sedia untuk diperapkan. Simpan lebih kurang 2 senduk sos perapan ini untuk disapu semasa membakar ayam nanti.

Resepi Ayam BBQ Madu Berempah

9. Gaul mesra pes dan ayam. Perap selama lebih kurang 7-8 jam atau lebih untuk rasa yang lebih maksimum.

10. Perap siang. Malamnya, masa untuk kita bakar ayam dengan bara api. Berganda-ganda sedapnya. Balik-balikkan sentiasa.

11. Untuk rasa ayam bbq yang lebih sedap dan wangi, siapkan sapuan dibawah;

  • ambil 3 sudu besar Planta. Letak dalam bekas.
  • masukkan sekali lebihan sos perapan 2 senduk tadi
  • tambahkan 2 senduk gula dan 1/2 sudu kecil garam
  • kacau rata

Ketuk 5 batang serai dihujungnya. Ikat getah pada hujungnya. Gunakan serai ini untuk disapu dengan sapuan tadi pada bahagian depan dan belakang ayam yang sudah hampir masak.

Resepi Ayam BBQ Madu Berempah

12. Siap resepi ayam bbq madu berempah sedia terhidang. Sebelahnya daging kambing dengan sos lada hitam tu pun ramai peminatnya.

Resepi Ayam BBQ Madu Berempah

13. Pilihan sos untuk dicicah bersama. Dalam botol merah tu mayonis brand saji. Cikgu beli dalam pek plastik kat tesco. Harga rm 7 lebih kalau tak silap. Jimat. Rasa sedap dan berbaloi beli.

Resepi Oleh: Afy AL Habibi