Resepi Nachos dan Chilli Con Carne ala Restoren Chilis

Resepi Nachos dan Chilli Con Carne ala Restoren Chilis

Siapa suka makan nachos & chilli con carne mcm kat Chilis tu?

Tapinya sejak-sejak jadi surirumah sepenuh masa ni, rasa mahalnya laaaa nak jejak kaki kt restoren tu. Beef nachos dia RM38.95, kalau tambah guacamole kena lagi RM2.95. Makan boleh sorang aje, kalau kongsi kang… kelahi tak cukup.

Chilli con carne… peliknya nama. Jangan panik, nama tu sebutan Spanish. Dah dia asal dari Mexico, takkan la nak letak nama Cili Berdaging Cik Limah Lenggang Kangkung, ya tak? Tapi, apa pun nama, chilli (cili) con (dengan) carne (daging) ni ialah cili dengan daging cincang dan ditambah kacang dan tomato. Tu je.

Sejak semalam dok terasa nak makan benor lahai. Bila husband kata, hari ni sampai esok dia tak balik lunch, aha… bini dia pun macam-macam idea la mereka dalam kepala.

Punya teringin chilli con carne ni, gigih sambil masak sambil sebelah tangan pegang hp baca resepi. Saya cuba resepi paling mudah, tapi saya rasa sedap lebih kurang sama macam kat restoren Chilis tu gak la.

Ni nak kasi tau ni, benda ni boleh tahan gak kalorinya ya kawan-kawan. Bagi orang yang berdiet, mungkin tak sesuai. Saya takde la diet sangat, tapi takmo la tambah lemak yang dah sedia meriah ni.

Jadi saya pikir-pikir cemana la nak kurangkan lagi kalori dia. Nak makan memang nak makan, tapi nak kurus juga. Jadi, saya repair la resepi yang saya tengok kat internet tu. Resepi asal ialah 470 kcal. Saya punya ni, kurang la sikit sebab saya guna cooking spray, tak guna minyak. Dan daging, saya guna daging cincang tanpa lemak.

Bahan Chilli Con Carne:

  • 1 biji bawang holland – potong dadu kecil-kecil
  • 4 biji bawang putih – cincang
  • 500g daging kisar
  • 2 cili hijau – potong kecil
  • 2 sk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1 sk paprika
  • 1sk serbuk cili – nak pedas, tambah sendiri
  • 1sk tomato puree @ 2 sb sos tomato
  • 1 biji tomato masak – potong dadu
  • 300ml air
  • 1 kiub daging
  • 1 tin kecil kacang merah
  • 1 tin kecil kacang putih
  • Sedikit daun ketumbar

Cara-cara:

  1. Tumiskan bawang holland dan bawang putih sampai naik bau.
  2. Masukkan daging dan goreng sampai agak garing sikit tapi jangan terlalu garing.
  3. Masukkan semua jenis kacang, tomato puree, tomato cincang, jintan, paprika, serbuk cili, air & kiub daging. Perlahankan api jadi sederhana.
  4. Renih dalam sejam. Tambah air & garam jika perlu.

Nota:

Chilli con carne ni boleh makan dengan macam-macam benda.

  1. Makan dengan tortilla chips. Kerepek ni ada jual siap, takyah nak seksa diri uli canai apa bagai. Caranya, atur chips dalam bekas, letak chili dan tabur mozarella cheese. Bakar sekejap. Dapat la cheezy nachos with chili. Atau colek aje. Pun sedap, kurang sket kalori, maka kurang la rasa berdosa. Jangan risau, tortilla chips ni halal walaupun Made In China.
  2. Makan dengan hotdog. Rebus sosej. Letak dalam roti hotdog, tuang chili atas dia. Jadi la corney dog macam kat A&W tu.
  3. Makan dengan nasi sebagai lauk.
  4. Makan dengan roti.

Rasanya kalau colek dengan keropok keping ke, biskut lemak ke pun sedap ni. Saya belum try, kenkawan cuba la.

Kalau rajin, buat banyak kemudian frozenkan.

Total damage done today:

  • Daging Rm12.37
  • Kacang merah Rm4.00
  • Kacang putih Rm4.00
  • Tortilla Chips Rm6.50

Rm26.87 – Rm30 la katakan termasuk semua bahan-bahan lain yang ada di rumah. Masih jimat sebab saya dapat banyak boleh makan 3 orang. Kalau pegi Chilis, takkan nak makan nachos saja.

Selamat mencuba Resepi Nachos dan Chilli Con Carne ala Restoren Chilis.

Resepi Nachos dan Chilli Con Carne ala Restoren Chilis

Resepi Oleh: Faiza Mohammed Asari