Resepi Murtabak Roti Daging Cheese

Resepi Murtabak Roti Daging Cheese

Jom minum petang dengan murtabak roti inti daging dan cheese. Sedap makan panas-panas dengan cheese yang meleleh tu..

Bahan-Bahan:

  • 12 keping Roti
  • 8 biji telur
  • 2 keping daging kisar Ramly
  • 2 biji ubi kentang – potong dadu
  • sebiji karet – potong dadu
  • sebiji bawang besar – potong dadu
  • daun bawang hiris halus
  • batang saderi hiris halus
  • bawang putih, merah dan halia ditumbuk halus
  • 3 sudu besar serbuk kari daging
  • sedikit serbuk lada hitam
  • Cheese
  • garam dan gula

Cara Buat:

1. Tumis bahan tumbuk dan masukkan rempah kari. Masukkan daging kisar tadi gaul rata bersama rempah.

2. Masukkan ubi kentang dan karet. Bubuh air dan biarkan ia mendidih sehingga ubi kentang masak.

3. Tambahkan garam gula dan serbuk lada hitam secukup rasa. Masukkan pula bawang besar, daun bawang dan saderi. Gaul sempurna dan tutup api. Inti jangan terlalu kering.

4. Sapukan planta majerin dikeliling pyrex dan susun roti yang dicelup telur kedalam pyrex. Bubuh inti dan taburkan cheese dan ratakan.

5. Susun lagi roti yang dicelup telur ke atas inti tadi dan tuangkan telur selebihnya dan dibakar 180C.

Nak Rasa Kek Kukus Klasik Yang Enak dan Sedap? >> KLIK DI SINI

Resepi Murtabak Roti Daging Cheese

Resepi Oleh: Nazura Zainal Abidin