
Resepi Masakan Chinese Style Orange Chicken
Salam Ramadan dari kejauhan. Menu buka puasa kami hari ini Chinese Style Takeout – Orange chicken. Masak untuk order tadi so masak extra sekali haghong untuk makan berbuka puasa yang sama senang kan? Tak payah nak berkesah lain dah hehehe.
Bahan Ayam:
- 4 keping dada ayam tanpa tulang
- Garam dan lada hitam
- 1/2 cawan tepung jagung
- 2 biji telur grade A, dipukul
- Minyak untuk menggoreng
Bahan Sos Oren:
- 2/3 cawan gula perang
- 2/3 cup orange juice
- 1/4 cawan kicap cair
- 1/4 cawan apple cider vinegar (cuka apple) – optional
- 1 sudu kecil serbuk bawang putih atau 2 biji bawang putih tumbuh lumat
- 1 sudu kecil tepung jagung
- Oren zest dari sebiji oren
Cara Memasak:
1. Panaskan oven ke (160C) 325 F. Potong dada ayam dalam kepingan 1 – 2 inci, gaulkan dengan garam dan lada hitam. Masukkan tepung jagung gaul rata. Ketepikan.
2. Pukul telur dalam piring. Panaskan minyak dalam kuali, api sederhana sehingga panas. Celupkan ayam ke dalam telur dan goreng sehingga kekuningan.
3. Letakkan kepingan ayam ke dalam loyang 9X13 inci. Campurkan bahan-bahan sos bersama dalam mangkuk dan tuangkan ke atas ayam.
4. Bakar selama 45 minit, kacau sekali dua ketika ayam dalam oven supaya sos sebati bersalut ayam. Siap!

Resepi Oleh: Lina Thomas