Roti, snek

Resepi Murtabak Roti Berkeju

resepi-murtabak-roti-berkeju

Resepi Murtabak Roti Berkeju

Bahan-Bahan:

12 keping roti Gardinier
1 biji bawang besar dipotong dadu
2 ulas bawang putih potong halus
1 paket daging hancur(Ramly burger)
1 biji cili merah potong halus
3 1/2 sudu besar rempah kurma
1 biji ubi kentang dipotong dadu
5 biji telur
2 cawan susu segar
1/2 paket cheese mozarella
sedikit minyak untuk menumis

Cara Membuat:

Buat Inti –

1. Panaskan dalam 3 sudu besar minyak dan tumis bawang putih hingga retbit bau. Masukkan pula rempah kurma yang dibancuh bersama sedikit air. Goreng hingga garing.

2. Masukkan daging hancur ke dalam kuali dan kacau hingga air agak kering. Masukkan pula bawang besar, cili merah dan kentang. Kacau biar sebati.

3. Masukkan kiub ayam dan kacau lagi. Masukkan pula lada putih, kacau dan biar sampai kentang empuk dan daging agak kering. Angkat dan sejukkan.

Cara Menyediakan Murtabak –

1. Kocok susu, telur dan 1 sudu kecil garam hingga sebati.

2. Celupkan 4 keping roti kedalam campuran susu dan atur dalam loyang 4 segi yang telah di sapu dengan butter. Tuang bahan inti diatas roti dan ratakan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Murtabak Mini Kulit Popia

3. Ulang langkah 2 dengan roti menjadi lapisan terakhir dan tuangkan semua baki campuran susu dan telur diatas roti. Taburkan cheese sebanyak yang disukai diatas lapisan roti yang terakhir.

4. Bakar bahan dengan suhu kepanasan 220C selama 40 minit dan lapisan cheese garing kekuningan. Hidangkan.