Coklat, Puding, Roti

Resepi Puding Roti Epal Cip Coklat

resepi-puding-roti-epal-cip-coklat

Resepi Puding Roti Epal Cip Coklat

Bahan-Bahan:

6 keping roti sandwich
4 sudu teh marjerin
4 sudu makan cip coklat
4 biji buah epal hijau – dipotong 8 bahagian – bentuk wedges
1 sudu teh serbuk kulit kayu manis
2 cawan susu segar
2 biji telur gred A
2 susu teh gula @ secukupnya

Cara Membuat:

1. Panaskan ketuhar anda pada suhu 180°C

2. Masukkan roti yang telah dicarik tadi ke dalam mangkuk sederhana bersama marjerin dan gaulkan sebati.

3. Sapukan sedikit marjerin pada lapisan bawahnya dan susunkan sebahagian roti tadi dalam loyang sebagai lapisan pertama.

4. Kemudian, untuk lapisan kedua, susunkan pula buah epal dan taburkan kismis hitam diatasnya.

5. Setelah itu, susun sebahagian lagi roti tadi diatas permukaan buah epal tadi sebagai lapisan ketiga.

6. Dalam mangkuk berlainan, campurkan susu segar, gula dan telur dan kacau hingga kembang dan sebati.

7. Tuangkan ke atas lapisan roti tadi. Taburkan cip coklat diatasnya.

8. Bakar dalam ketuhar selama 30-40 minit. Keluarkan dari ketuhar, sejukkan dan boleh dipotong untuk dihidangkan.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Puding Mangga Guna Mangga Asli