
Resepi Ikan Masak Kicap Pedas
Bahan-Bahan:
1 ekor Ikan Tongkol – Potong, lumur garam kunyit dan goreng
1 sudu besar cili kisar – ikut pedas disukai
1 labu bawang besar – hiris bulat
1 biji cili hidup merah/hijau – hiris
1 batang daun sadri/daun bawang – hiris
1 batang kulit kayu manis
Bahan Sos –
Kicap pekat
Kicap manis
Sos tomato
Sos tiram
Sos ikan
Sedikit gula
Bahan Kisar –
1/2 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak dan tumis kulit kayu manis dan bahan-bahan kisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga cili garing dan masak.
2. Masukkan semua bahan sos seperti kicap pekat, kicap manis, sos tomato, sos tiram dan sos ikan. Kacau hingga sebati. Masukkan sedikit air untuk berkuah.
3. Setelah mendidih, bawang besar dan cili hidup. Akhir sekali masukkan ikan yang digoreng. Gaul-gaulkan seketika sebelum ditutup api.
4. Sebelum dihidangkan, taburkan sedikit hirisan daun sadri atau daun bawang.