Snek, snek

Resepi Murtabak Mini Kulit Popia

resepi-murtabak-mini-kulit-popia

Resepi Murtabak Mini Kulit Popia

Bahan-Bahan & Cara Membuat:

Bahan Inti –

500 gram isi ayam/daging dicincang
5 biji kentang di potong dadu
3 sudu makan rempah kari
1 ulas bawang putih di hiris
1 biji bawang besar dihiris
2 biji bawang besar di potong dadu
Hirisan daun sup
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak masak untuk menumis

Cara Memasak Inti –

1. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.

2. Maaukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Masak rempah hingga pecah minyak.

3. Masukkan isi ayam dan masukkan kentang. Masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak. Jangan lebih nanti inti lembik.

4. Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam dan gula (Jika nak letak ajinomoto pun boleh, Saya tak letak pun ajinomoto).

5. Masak hingga betul-betul kering. Sejukkan dan sedia untuk langkah menyediakan murtabak mini.

Langkah Menyediakan Murtabak Mini –

1. Pecahkan 2 biji telur, pukul dan masukkan sedikit garam. Masukkan bahan-bahan inti ayam dan kentang yang dimasak tadi. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.

2. Buka kulit popia, letak atas dulang. Ambil 3 sudu makan inti yang di campurkan dengan telur dan bawang tadi tu. Letak di tengah-tengah kulit popia intinya. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan. Terbalikkan bila di lipat dan masukkan dalam kuali.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Popia Sira Kari

3. Untuk membakar panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Letakkan popia. Kalau suka letak minyak banyak ok je. Saya tak suka minyak banyak. Jadi, ikut selera masing-masing ya.

4. Bakar sehingga masak. Balik-balikkan ia. Ulangi langkah membuat sehingga siap. Bila dah siap bolehlah dihidangkan.

Resepi Oleh: Roshima Ibrahim Shima