Resipi Ayam Gunting ala Uncle Bob

Resipi Ayam Gunting ala Uncle Bob

Bahan-Bahan:

Dada ayam (Dihiris nipis)
1 cawan tepung goreng Adabi
½ cawan serbuk roti (warna putih)
1 biji telur
Sedikit serbuk cili
Sedikit serbuk lada putih
Minyak masak

Cara Membuat:

1. Cuci dan toskan ayam. Satukan serbuk roti dan tepung goreng Adabi dalam pinggan.

2. Lumurkan ayam dalam adunan tepung. Kemudian, celup ke dalam telur. Sekali lagi gaulkan ayam tadi ke dalam adunan tepung.

3. Gorengkan ayam di dalam minyak yang banyak. Pastikan minyak betul-betul panas. Goreng ayam hingga masak. Angkat dan toskan.

4. Taburkan serbuk lada putih berperisa dan serbuk cili. Ikut selera masing-masing sama ada nak pedas ataupun tidak.

5. Akhir sekali, guntingkan ayam mengikut citarasa anda. Sedia untuk dihidangkan.