Resepi Rendang Pedas Ikan Kayu
Bahan-Bahan:
Ikan kayu seekor (anggaran 600gm)
4 ulas bawang kecil – hiris nipis
2 btg serai besar (hiris dan tumbuk)
8 biji cili kering + 5 biji cilipadi merah – kisar
Sehelai daun kunyit saiz besar – hiris mayang
3 keping asam keping
250ml santan
1sk gula
1/2 sk serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Cara Memasak:
Masukkan semua bahan di atas dalam kuali dan masak atas api sederhana. Ikan tak perlu di goreng/rebus, masukkan je mentah-mentah. Sama macam kita masak rendang biasa, cuma yang ni lebih cepat dan mudah. Kami tak letak serbuk perasa, sebab kami memang tak makan apa-apa serbuk perasa. Bila dah masak, angkat dan hidangkan.
Resepi Oleh: Laila Safiah