snek, Snek

Resepi Murtabak Mini Ayam Cheese

resepi-murtabak-mini-ayam-cheese

Resepi Murtabak Mini Ayam Cheese

Bahan-Bahan Inti:

isi [email protected] – cincang
kentang – potong dadu
rempah kari daging – 1 paket kecik
3 ulas bawang putih – hiris
1 biji bawang besar – hiris
2 biji bawang besar – potong dadu
daun sup – hiris
Sedikit garam
Sedikit gula
Sedikit minyak masak utk menumis

Cara Memasak Inti:

1. Panaskan kuali. Tuang sedikit minyak masak. Masukkan bawang yang dihiris.

2. Masukkan rempah kari dan masukkan sedikit air. Tumis rempah hingga pecah minyak.

3. Masukkan isi ayam & masukkan kentang. Masukkan air separas bahan-bahan yang dimasak.

4. Masak sehingga air hampir kering. Masukkan sedikit garam & gula, boleh juga letak serbuk cukup rasa.
5. Masak hingga betul-betul kering. Sejukkan & sedia untuk langkah menyediakan murtabak mini.

Seterusnya langkah menyediakan murtabak mini;

1. Pecahkan 2 biji telur, pukul & masukkan sedikit garam. Masukkan inti yang telah dimasak tadi.

2. Masukkan daun sup dan bawang. Kacau hingga sebati.

3. Buka kulit popia, letak atas dulang, letak sekeping cheese di tengah-tengah. Ambil 3 sudu makan inti yang di campurkan dengan telur dan bawang tadi tu. Letak di atas cheese tadi. Lipat atas, bawah, kiri dan kanan, lekatkan lipatan terakhir guna gam (tepung gandum + air). Terbalikkan bila di lipat, letak atas bekas lain & ulang proses yang sama.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Cucur Udang Kuah Kacang Jitra Mai

4. Untuk membakar panaskan kuali, letakkan sedikit minyak. Letakkan murtabak mini tadi.

5. Bakar sehingga masak, balik-balikkan ia. Bila dah siap bolehlah dihidangkan.

Resepi Oleh: Saya CikPuan Hanani