Resepi Hokaido Creamy Custard Honey

Bahan-Bahan:

Bahan A –

3 Biji kuning telur gred A
20g Gula kastor/gula halus
35g Minyak canola/jagung/myk masak
60ml Susu segar
15g tepung jagung/tepung kastad *
55g tepung gandum/tepung kek*
1 sk creamy vanilla
1 sk baking powder*

Bahan B –

3 biji putih telur gred A
30g gula kastor
1/2 sudu kecil cream of tartar – optional

Cara-Cara:

1. Panaskan oven suhu 170.
2. Ayak bahan yang bertanda * dan ketepikan.
3. Dalam mangkuk, satukan kuning telur dan gula kastor/gula halus dan pukul sehingga berkrim.
4. Masukkan creamy vanila, susu segar dan minyak . Kacau sebati.
5. Masukkan bahan ayak sedikit demi sedikit sambil gaul mesra dan tidak berbiji-biji. Ketepikan.
6. Pukul bahan B hingga bertanduk @ meringue (terbalikkan tak jatuh). Ambil 1/3 adunan putih telur dan kaup balikkan dengan adunan kuning telur. Kemudian masukkan baki dan kaup balik rata.
7. Masukkan ke dalam cup 3/4 penuh. Bakar selama 20minit atau sehingga masak.

Resepi Cream Custard Honey

Bahan-Bahan:

1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung kastad
4 sudu besar gula
200ml susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sk creamy vanilla

Penyediaan Cream Custard:

1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
2. Kacau sehingga tidak berketul. Masak sehingga pekat. Dalam api perlahan.
3. Bila dah sejuk paipkan ke dalam hokaido menggunakan pipping beg. Siap dihidang.

Resepi Oleh: Dhia Aqilah

Comments are closed.