Resepi Kuah Dalca

Resepi Kuah Dalca

Bahan-Bahan:

1 cwn kacang dhal
1 pek serbuk kari daging (pek paling kecil)
5 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1 ulas bawang besar (dikisar)
2 ulas bawang merah (dikisar)
3@4 tangkai cili kering (dikisar)
daun kari
buah pelaga, kulit kayu manis & bunga lawang
kaki & tengkuk ayam
2 biji ubi kentang
1 carrot
2 biji terung bulat/panjang
sedikit kacang panjang
2@3 keping asam keping
santan satu bji kelapa/santan kotak pek paling kecil tu je

Cara Membuat:

1. Cuci bersih dan masak/rebus kacang dhal dengan sedikit garam di dalam periuk hingga agak lembut lebih kurang 20 minit. Bila kacang dh lembut, padamkan api dan ketepikan.

2. Panaskan minyak di dalam kuali dan tumis buah pelaga, kulit kayu manis, dan bunga lawang bersama daun kari sehingga naik bau.

3. Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan masukkan serbuk kari (bancuh dengan air) dan kacau sehingga pecah minyak. Masukkan santan dan kacau perlahan dengan api sederhana.

4. Masukkan asam keping, kacang dhal, kaki, dan tengkuk ayam. Seterusnya, masuk ubi kentang dan lobak merah. Lebih kurang 10 minit, masukkan terung.

5. Tambah sedikit air sesedap mata memandang atau sehingga menutupi sayur.

6. Last sekali, masukkan kacang panjang dan perasakan dengan gula, garam, dan serbuk perasa. Dah siap.

Resepi Oleh: Muhammad Azhari