Kek

Resepi Muffin Pisang Nutella

resepi-muffin-pisang-nutella

Resepi Muffin Pisang Nutella

Bahan-Bahan: Jumlah hidangan – 12

1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking baking soda
¼ sudu kecil serbuk kayu manis
½ sudu kecil garam
1 cawan gula pasir
2 biji telur grade A
½ cawan minyak masak
4 biji pisang berangan masak ranum di lenyek
2 sudu besar sour cream
1 sudu kecil esen vanila
½ cawan walnut
Nutella secukupnya

Caranya:

1- Panaskan oven (180C) 350 ° F. Loyang cupcake 12 rongga, letak paper cup.

2- Dalam mangkuk sederhana, ayak bersama tepung gandum, baking soda, serbuk kayu manis dan garam. Ketepikan.

3- Dalam mixer, campurkan gula, telur dan minyak putar sehingga gebu, kira-kira 5 minit. Masukkan pisang, sour cream, dan vanila. Putar lagi sehingga sebati.

4- Guna spatula masukkan campuran tepung dan walnut, kacau sebati. Masukkan adunan sama rata kedalam paper cup.

5- Masukkan 1 sudu kecil nutella kedalam adunan, guna lidi lorekkan nutella perlahan-lahan di permukaan adunan muffins. Bakar kira-kira 30 minit. Siap!.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Kek Pandan Kelapa
Resepi Muffin Pisang Nutella

Resepi Oleh: Lina Thomas