Kuih Muih

Resepi Pau Sambal Tumis

resepi-pau-sambal-tumis

Resepi Pau Sambal Tumis

Bahan-Bahan:

1 peket yis
1 cawan air suam
2 sudu gula pasir
2 sudu susu pekat
3 cawan tepung gandum
2 sudu makan butter/margerine
1 biji telur
Secubit Garam

Cara Buat:

1. Campur semua bahan dan uli sampai doh jadi elestik atau doh dah licin dan cantik. Adun doh tu dalam 10 minit atau 15 minit untuk hasil yang cantik.

2. Rehatkan 10 minit doh biar jadi 2 kali ganda dari asalnya. Bila doh dah mengembang, bentukkan doh tadi jadi bulat-bulat.

3. Susun kat loyang yang telah ditaburkan dengan tepung untuk mengelakkan doh melekat kat loyang. Rehatkan dalam 10 minit atau tunggu saiznya dah 2 kali ganda.

4. Panaskan minyak dengan api sederhana. Bila doh dah kembang, sedia untuk digoreng. Biar masak sebahagian itu baru lah terbalikkan ya.

Bahan-Bahan Untuk Sambal Tumis:

Cili kering – agak-agak dalam segengam
Bawang besar – 4 biji
Bawang putih – 4 ulas
Garam dan gula pasir secukup rasa.

*ikut banyak mana yang diperlukan ya untuk buat sambal. Kalau nak lebih, lebihkan bahan-bahanya.
*Daun pandan untuk aroma wangi.

Cara Buat:

1. Panaskan minyak. Blender bahan-bahan tadi, kemudian tumis hingga pecah minyak dan betul-betul garing.

Cuba Resepi Ni:  Resepi Talam Lapis Kacang Merah

2. Dah ok masukkan gula dan garam dan biarkan masak hingga sambal itu kering. Dah siap.. Nak sedap lagi, goreng ikan bilis dan taburkan kat sambal tadi.

Tips:

1. Untuk hasilkan sambal yang tahan lama dan sedap. Masak dalam lingkungan 4-6 jam bergantung pada banyak mana sambal itu.

2. Bila semua dah siap.. pau dan sambal dah siap, jadi belahkan pau tu dan sapukan sambal tu kat tengah-tengah pau dan letak timun. Sedia untuk dihidangkan.

Resepi Oleh: Siti Zuleha