
Resepi Putu Belanda
Bahan Kulit:
250g butter
250g tepung gandum }ayak
118g gula kastor
5 biji kuning telur
1 s/t esen vanila
Cara Buat:
1. Pukul butter dengan gula hingga kembang (putih). Masukkan kuning telur sebiji-sebiji sambil terus memukul hingga sebati.
2. Masukkan tepung gandum sedikit-sedikit. Pukul hingga adunan sebati. Masukkan esen vanila dan gaul rata.
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Sediakan acuan untuk putu belanda (Cik Ta takde acuan dia jadi Cik Ta bubuh dalam papercup je).
4. Paipkan adunan kedalam acuan, dari permukaan bawah hingga ketepi-tepi acuan. Bahagian tengah biarkan kosang ye.
Bahan Filling:
10 s/b tepung gandum (105g)
6 s/b tepung jagung (54g)
4 s/b butter (70g)
Susu pekat manis (ikut kemanisan yang kita nak)(aznie bubuh 2/3 cawan)
4 gelas air (1 gelas 200ml)
4 biji kuning telur (optinal)
**kismis hitam
Cara Buat:
1. Masak semua bahan di atas kecuali kismis dengan api sederhana. Kacau hingga pekat. Sejukkan ia. Bubuh dalam piping bag.
2. Masukkan filling ke dalam acuan yang telah dipaipkan adunan kulit tadi. Bubuh hingga penuh dan letakkan kismis hitam diatasnya.
3. Boleh la dibakar pada suhu 180’c selama 25 minit (Cik Ta guna acuan muffin jadi besar skit, Cik Ta bakar dalam 35 minit).
4. Siap.. seeloknya kita buat dia punya filling dulu.. Cepat sikit sejuk.
Resepi Oleh: Rozita ZuitaAisyah