Kek

Resepi Muffin Blueberry

resepi-muffin-blueberry

Resepi Muffin Blueberry

Bahan-Bahan:

Bahan A –

Tepung naik sendiri 200 g
garam 2g

Bahan B –

Gula kastor 100g
Telur 1 biji
Esen vanilla 6g
Susu segar 140g
Mentega yg dicairkan 80g

Bahan Filling –

Jem blueberry 20g
Coklat cip 40g

Cara Membuat:

1. Campurkan semua bahan A menggunakan sudu kayu dalam mangkuk.

2. Campurkan bahan B menggunakan mixer hingga sebati. pastikan masuk telur dan gula dulu dan pukul hingga kembang.

3. Masukkan bahan A sedikit demi sedikit ke dalam bahan B tadi. kacau adunan hingga sebati.

4. Masukkan 3/4 adunan ke dalam cawan kertas dan letakkan fiiling blueberry di tengah-tengah adunan dan letak coklat cip.

5. Panaskan oven terlebih dahulu dan bakar mufin pada 180 ° C kira-kira 20 minit sehingga coklat keemasan. Hidangkan.

Resepi Oleh: Afiqah Rohaidah