Ayam

Resepi Ayam Masak Ros

resepi-ayam-masak-ros

Resepi Ayam Masak Ros

Bahan-Bahan:

Ayam setengah ekor – Potong kecil
3 sudu makan serbuk cili
2, 3 sudu makan rempah kurma
Kerisik sebungkus kecil
Cili api – Untuk hiasan
Garam
Gula
Pati ayam
Perasa
Sikit gula merah
Daun limau purut

Bahaan Tumis –

3 biji bawang sederhana besar – Potong nipis
5 ulas bawang putih – Potong nipis
6 biji cili kering – Potong agak-agak 2 inci
Daun kari
2 inci halia
2 batang serai
Sikit lengkuas
Rempah 4 sekawan – Kulit kayu manis, bunga lawing, cengkih & buah pelaga

Cara Memasak:

1. Tumis bahan tumis sampai wangi dan layu.

2. Masukkan ayam dan goreng ayam sampai agak kenyal dan separuh masak.

3. Masukkan semua bahan rempah. Kacau kering dulu, api jangan kuat. Kemudian, masukkan setengah cawan air.

4. Gaul bahan hingga sebati. Masukkan semua bahan perasa iaitu garam, gula, gula merah, perasa dan pati ayam.

5. Goreng sampai masak. Tambah lagi air kalau kering. Boleh tambah kerisik dan daun limau purut.

6. Goreng lagi sampai semua bersalut sebati. Rasakan dan kalau nak kuah tambahkan lagi air.

7. Akhir sekali, boleh hiaskan dengan cili api kalau suka. Siap untuk dihidangkan.

Resepi Oleh: Rosma Ros