
Resepi Laksa Lemak Ketam
Bahan-Bahan:
500gm Mee Laksa segar
1kg ketam segar – dibersihkan dan dibelah dua
1 tangkai daun ketumbar bersama akarnya
2 batang serai di titik
1 kotak santan krim 200ml
2 sudu besar bawang goreng
1 kiub knorr ikan bilis
Garam secukup rasa
6 cawan air – Untuk kuahnya
2 sudu besar minyak makan untuk menumis
Bahan Tumbuk Halus –
1 sudu teh ketumbar biji – di sanggai dulu
1/2 sudu teh jintan manis – di sanggai dulu
1/2 sudu lada hitam
3 ulas bawang putih
1 cm halia
Bahan Hiasan –
Bawang merah goreng
Daun ketumbar
Cara Memasak:
1. Panaskan minyak di periuk, letakan serai yang di titik, kemudian letakan rempah-rempah yang sudah di tumbuk halus serta daun ketumbar bersama akarnya.
2. Bila aroma rempahnya bangkit, tuangkan air secukup dan masukkan 1 kuib knorr ikan bilis dan garam secukup rasa.
3. Gaulkan dan rasa kuahnya. Bila kuahnya mula mendidih, masukan krim santan dan digaulkan rata. Kemudian, masukan ketam yang sudah dibelah dua. Biarkan ia selama 8 minit.
4. Ketam akan bertukar ke warna oren apabila sudah masak. Letakan bawang merah goreng pada kuahnya.
5. Di periuk yang lain celurkan Mee Laksa di air garam selama 2/3 minit, angkat dan toskan.
6. Sajikan Mee Laksa di mangkuk, tuangkan kuah lemak ketamnya, bersama sebelah isi ketam, taburkan sedikit bawang merah goreng, dan daun ketumbar sebagai hiasan. Hidangkan.
Resepi oleh: Joha Hassan