Resepi Muffin Berlauk atau Savoury Muffin

Resepi Muffin Berlauk atau Savoury Muffin

Resepi muffin berlauk atau savoury muffin, lembut gebus dan lauknya sedap dengan sos perang. Bau wangi butter semerbak satu rumah masa membakornya!.

Bahan-Bahan Inti: 12 biji muffins

  • 300g ayam/daging kisar
  • 1/2 biji bwg besar dipotong kiub
  • 2 ulas bwg putih dicincang
  • 1/2 bj capsicum/2 biji cili merah dipotong kiub
  • 1 sdm serbuk sos perang/3 sdm sos bbq
  • 1 sdm jus lemon (optional)
  • 1 sdk thyme herbs kering
  • 1 sdk serbuk kunyit
  • 1 sdk serbuk lada hitam
  • 1 sdk garam
  • 1 sdm butter untuk menumis
  • Air jika perlu

Cara Membuat Inti:

1. Panaskan butter, tumis bawang besar hingga lembut baru masukkan bawang putih. Tumis sebentar, masukkan ayam atau daging. Masak hingga ayam atau daging empuk.

2. Masukkan bahan rempah seperti thyme, serbuk kunyit, lada hitam, diikuti dengan jus lemon, sos perang atau sos bbq dan capsicum/cili masak.

3. Kacau rata dan perasakan dengan garam. Tambah air jika perlu. Tapi inti seeloknya kering. Jika ok tutup api dan ketepikan.

Bahan-Bahan Salsa:

  • 3 sdm timun dibuang biji – potong kiub
  • 2 bj tomato dipotong kiub
  • 1 sdm bwg besar dipotong kiub
  • 3 tangkai cili Siam
  • 1 tangkai daun ketumbar/daun bwg dihiris
  • 3 sdm yogurt/mayonis (optional)
  • Garam & lada hitam secukup rasa

Cara Membuat Salsa: Campurkan kesemua bahan & balancekan rasa. Simpan di dalam peti sejuk.

Bahan-Bahan Bancuhan Muffin:

Bahan A –

  • 1 cup (250g) yogurt asli
  • 1/4 cup susu segar
  • 2 bj telur

Bahan B –

  • 2 cup tepung gandum
  • 1/2 cup (125g) butter sejuk
  • 3 tsp baking powder
  • 1 tsp garam

Cara Membuat:

1. Whisk sebati bahan A ketepikan.

2. Sebatikan tepung, garam dan baking powder. Masukkan butter dan gaul dengan hujung jari menjadi seperti serdak (crumb).

3. Masukkan bahan A. Dengan menggunakan senduk kayu adun hingga menjadi kental. Jika berketul kecil-kecil tu normal, tak perlu hingga licin.

Resepi Muffin Berlauk atau Savoury Muffin

Cara Assemble The Muffins:

1. Panaskan oven pada suhu 180c. Glis loyang muffin dengan butter. Ambil 1 tbsp adunan muffin dan sudukan ke dalam loyang. Sudukan 1 tbsp inti. Diikuti dengan 1 tbsp salsa.

2. Sudukan 1 tbsp lagi adunan muffin dibahagian atas. Buat hingga habis. Kemudian hentak-hentak sedikit loyang muffin agar adunan rata dan padat. Hiaskan dengan parsley.

3. Bakar selama 25-30 minit hingga muffin masak keperangan atau ikut oven memasing (oven akak 30 minit). Rehatkan selama 15 minit baru sejukkan di atas redai (wire rack).

Resepi Muffin Berlauk atau Savoury Muffin

Muffin ni inspired dari middle east resipi. Memang renyah tapi sangat berbaloi terai. 2 ketui makan memang kenyang terus. Wangi, sedap, dan kenyang!.

Resepi Oleh: Keroroyz Royz