Ayam, Masakan Thai

Resepi Paprik Ayam Thai Terangkat

resepi-paprik-ayam-thai-terangkat

Resepi Paprik Ayam Thai Terangkat

Kalau takda menu lagi untuk hari ni, boleh cuba masak resepi Paprik Ayam Thai Terangkat ni.

Bahan-Bahan:

  • 4 ketul ayam (isi + tulang) – dipotong dadu
  • 3 sudu besar cili giling
  • 3 sudu besar sos cili thai
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 4 batang kacang panjang – dipotong
  • 1 batang lobak kecil – di hiris nipis
  • 2 biji bawang merah – dihiris
  • 4 ulas bawang putih -diketuk
  • 1 batang serai – di ketuk
  • 3-5 biji cili api
  • 2 biji tomato dipotong 6
  • Sedikit bunga kobis di potong kecik
  • 6 batang baby jagung dipotong menyerong
  • 6 helai daun limau purut
  • 1/2 cawan air
  • Sedikit minyak untuk menumis
Resepi Paprik Ayam Thai Terangkat

Cara Memasak:

1. Masukkan minyak untuk menumis. Lepas tu masukkan bawang merah, bawang putih dan serai. Tumis sekejap.

2. Masukkan cili giling, tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos cili, sos cili thai, sos tiram dan kicap. Kacau sehingga sebati.

3. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam bertukar warna putih. Masukkan daun limau purut dan air, masak sehingga mendidih.

4. Masukkan lobak, bunga kobis, kacang panjang. Kacau sehingga sebati. Bila dah mendidih masukkan cili api dan masak sehingga kuah pekat

5. Akhir sekali masukkan tomato. Kacau sekejap dan tutup api. Dah siap boleh hidangkan.

Nota: Tak perlu tambah gula dan garam. Sos tiram dah masin, sos cili thai dah manis. Boleh tambah lagi cili api jika suka pedas.

Resepi Paprik Ayam Thai Terangkat

Resepi Oleh: Ariana Sofia Ahmad