Ayam, Nasi

Resepi Nasi Ayam Madu Istimewa

resepi-nasi-ayam-madu-istimewa

Resepi Nasi Ayam Madu Istimewa

Resepi Ayam Madu

Bahan-Bahan Untuk Merebus Ayam:

  • 1 ekor ayam (potong 4 bahagian)
  • 1 biji bawang besar (potong besar)
  • 3 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1 inci halia (ketuk)
  • 1 ketul kiub ayam
  • 2 batang akar daun bawang (bersihkan cuci-cuci ye)
  • Sedikit garam

Bahan-Bahan Perapan Ayam (agak-agak je ye):

  • Sos tiram
  • Madu
  • Kicap pekat
  • Kicap cair

Cara Buat:

1. Rebus semua bahan-bahan rebusan ayam sehingga ayam masak. Bila ayam dah masak keluarkan ayam dan toskan.

2. Satukan bahan perapan dan gaul ayam biar sebati dan perap sekejap. Terpulang ye ayam tu nak goreng ke nak panggang dalam oven. Saya bakar dalam Air frayer.

3. Selepas ayam siap dibakar, curahkan kicap cair ke atasnya (nak letak minyak bijan pun boleh juga, terpulang ye).

Resepi Nasi

Bahan-Bahan:

  • 4 cawan beras
  • 2 biji bawang merah – mayang
  • 3 ulas bawang putih – tumbuk halus
  • 1 inci halia – tumbuk halus
  • 1 ketul kiub pati ayam
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu makan marjerin
  • 2 helai daun pandan
  • Rempah 4 beradik
  • Air rebusan ayam secukupnya – jumlah air bergantung pada jenis beras yang diguna. Sukatan air macam tanak nasi biasa.

Cara Memasak:

1. Cairkan marjerin dan tumis bahan kisar serta rempah 4 beradik serta daun pandan hingga wangi.

2. Kemudian masukkan kiub pati ayam. Masukkan juga air rebusan ayam, garam dan beras. Kacau rata dan biar nasi hingga masak.

Resepi Sos Cili

Bahan-Bahan:

  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 sudu besar sos cili
  • 1/2 biji tomato buang bijinya ye
  • Gula, garam dan cuka secukup rasa
  • Sedikit kuah sup

Cara Memasak:

1. Kisarkan semua bahan-bahan jangan hancur sangat ye. Masak semua bahan-bahan tersebut dan rasa kalau dah Ok, tak payah tambah apa-apa lagi.

Resepi Sup

Bahan-Bahan:

  • Air lebihan rebusan ayam
  • 1 bunjut adabi
  • Daun sup Dan daun bawang
  • Bawang goreng
  • Bebola ayam jika suka
  • Garam Dan perasa jika perlu

Cara Buat:

1. Masak bahan-bahan tersebut sehingga mendidih, masukkan garam dan perasa jika perlu. Bila dah masak, tabur daun bawang dan daun sup serta bawang goreng.

Resepi Kicap Ayam: Saya masak kicap yang perap ayam tadi dan letak sedikit kuah sup.

Siap resepi nasi ayam dan ayam madu yang istimewa untuk hidangan sekeluarga.

Resepi Nasi Ayam Madu Istimewa

Resepi Oleh: Nor Khomariah Norrohman