Kek, Snek, snek

Resepi Mudah Congo Bars

resepi-mudah-congo-bars

Resepi Mudah Congo Bars

Bahan-Bahan:

  • 315 gram Tepung Gandum
  • 250 gram Gula Perang
  • 150 gram Mentega
  • 3 biji telur
  • 2 1/2 sudu kecil Serbuk Penaik
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 100 gram Coklat Cip
  • 100 gram Badam Keping
  • 100 gram Badam Hiris
  • 100 gram Kacang Walnut

Cara-cara:

1. Ayak tepung, Serbuk Penaik dan garam (Bahan A).

2. Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata mentega melarut. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati. Masukkan esen vanila. Masukkan semua Bahan A.

3. Masukkan Coklat Cip, Badam Keping, Badam Hiris dan Kacang Walnut. Gaul sekata. Simpan sedikit Coklat Cip dan Badam Keping untuk ditabur pada bahagian atas Congo Bar.

4. Tuangkan adunan kedalam bekas 9 X 9 yang telah dialas dengan ‘baking paper’. Tabur Coklat Cip dan Badam Keping.

5. Bakar pada suhu 170 degree C selama 30 minit atau sehingga permukaan atas Congo Bar kuning keemasan.

Resepi Mudah Congo Bars

Resepi Oleh: Zaky Mat Ali