Tengah hari ni masak apa uolls?? Ibu-ibu mesti tengah pening kan nak masak apa. Meh kak zura share resepi ketam vavavoooom mabeles kebaboom. Rugi kalau tak try ni.
Resepi kak zura olah sendiri ikut tekak kak zura. Resepi ni ramai orang request untuk tempahan tau.
Resepi ni uolls boleh tukar nak pakai ketam ke, udang ke, sotong ke, ayam ke semua boleh. Let’s check it out bahan-bahan dia;
Resepi Ketam Pedas Masam Manis
Bahan-Bahan:
- 1kg ketam (perap garam kunyit lepas tu goreng)
- 5 ulas bawang putih*
- 4 labu bawang merah*
- 1 inci halia*
- daun pak chi atau daun ketumbar*
- 4 biji cili merah*
- 10 biji cili padi.*
- 11/2 sudu makan cuka
- 2 sudu sos ikan
- sedikit air limau nipis
- 2 sudu sos tiram
- garam
- gula
Bahan Hiasan (Potong dadu) –
- Tomato
- Daun ketumbar
- Cili merah
- Bawang besar
Cara-cara:
1. Goreng ketam sampai masak (ketam boleh ganti dengan mana-mana lauk kegemaran. Nak lagi sedap goreng celup tepung pakai tepung bestari).
2. Blend semua bahan bertanda sampai diorang sebati. Tumis hingga naik bau. Masukkan cuka, sos ikan, air limau nipis dan sos tiram.
3. Perasakan dengan garam dan gula. Masak hingga kuah pekat atau ikut kesesuaian selera uolls. Nak berkuah ke nak pekat-pekat.
4. Kuah ni rasa dia pedas masam manis. Bila siap boleh la uolls hidang dengan cara masing-masing.

Resepi Oleh: Faizurai Ahmad