Resepi Mudah Chocolate Cheesekut Indulgence
Bahan-Bahan:
- 250gm cream cheese (Pastikan suhu bilik. Jangan keluar peti terus buat, nanti berketul)
- 1/2 tin susu manis
- 2 cawan susu full cream
- beberapa keping biskut kering hup seng
- nestum secukupnya (lagi banyak lagi sedap)
- 1 cawan milk chocolate coins Beryl’s
- 1 sudu minyak masak
Cara Membuat:
1. Pukul cream cheese, susu manis dan 1 cawan susu full cream sampai sebati. Nak senang boleh pakai mixer atau blender.
2. Tuang secawan susu full cream dalam mangkuk. Rendam biskut kering dalam sesaat dua, susun dalam bekas. Tuang sesenduk atau dua senduk adunan cream cheese tadi. Tabur nestum seluruh permukaan. Ulang sampai beberapa lapis.
3. Bila adunan cream cheese tinggal untuk lapisan akhir, masukkan baki susu yang untuk celup biskut tadi dan kacau rata. Tuang adunan akhir dia atas cheesekut. Sejukkan sebentar cheesekut dalam peti ais.
4. Sementara itu, cairkan chocolate dan minyak guna kaedah double boiler. Bila dah cair, biarkan sejuk suhu bilik. Keluarkan cheesekut tadi, tuang chocolate dan ratakan.
5. Sejukkan semalaman dalam peti ais. JANGAN BEKUKAN YA. Tak sedap. Potong dan hidangkan. Siap untuk dihidangkan.
Resepi Oleh: Nur Fakhira Mohd Rosli