Resepi Minuman Menyegarkan Air Mata Kucing
Kat rumah ada buah mata kucing yang tak laku. Jadi dari tak jadi apa, kakchik godak buat air mata kucing ala pasar malam. Minum panas, perahkan limau sedap sangat uii.
Bubuh ais memang heavenlah. Sejuk sampai ke perut. Gituh. Biasa kalau beli tak jumpa mata kucing. Buat sendiri memang puas hati. Minuman air mata kucing dikatakan mempunyai banyak khasiat seperti;
- Didakwa ia boleh menurunkan panas dalam badan.
- Mampu untuk mengurangkan batuk dan dapat mengeluarkan kahak
- Mampu mengembalikan tenaga.
Di negara China, minuman ini banyak di minum untuk dijadikan ubatan tradisional. Jom kita buat.
Bahan-Bahan:
- 1 cawan isi buah mata kucing
- 4 cawan air
- Gula batu
- Gula nise (gula kerek/gula kabung/gula merah)
- Daun pandan
Cara Membuat:
1. Masukkan dalam periuk air, isi buah dan daun pandan yang dah dicuci bersih.
2. Bila air dah mendidih, masukkan gula nise. Kalau takde bubuh lah gula apa yang ada Kat rumah tu. Gula merah ke gula kabung ke gula putih pun boleh.
3. Masukkan gula batu, kakchik bubuh dalam 1/4 cawan. Kakchik rasa ramai yang tak pernah tengok kan? Gula batu ni tak semanis gula putih. Biasa kita masukkan dalam agar-agar untuk elakkan ia berair.
Gula batu biasa juga digunakan dalam air kelapa, barli, kembang semangkuk dan sebagainya. Mengundang kenangan betul lah. Senang kata air untuk buat ubat memang abah bubuh gula batu.
4. Rasa air mengikut selera sendiri ya. Biarkan merenih sekejap, matikan api. Sedia dinikmati. Selamat mencuba korang.
Sedap oi hirup panas-panas. Terasa segar badan. Ada yang tanya boleh ke guna buah longan dari tin. Boleh je, asalkan buah bukan mata kucing sebenar.
Bubuh ais, minum tengah panas ni memang syok oii. Biasa beli tak jumpa mata kucingnya. Buat sendiri puas hati.
Resepi Oleh: Umi Watie