
Resepi Mini Rainbow Roll
Bahan-Bahan: (loyang 9′- 42 Roll)
8 biji telur (A)
270g gula
10g ovalette (1s/k)
1/2 s/t serbuk vanilla
270g tepung gandum
80ml susu pekat manis
200ml minyak masak
sedikit esen ros
Pewarna pink, oren, kuning, hijau, biru & ungu
Cara Buat:
1. Pukul gula, telur, ovalette, serbuk vanila sampai soft peak (kira-kira 10 minit) dengan kalajuan tinggi.
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan kelajuan perlahan. Masukkan susu dan minyak masak, gaul dengan menggunakan spatula sampai sebati.
3. Bagi adunan kepada 6 bahagian; 1. Pink. 2. Oren. 3. Kuning. 4. Hijau. 5. Biru. 6. Ungu.
4. Siapkan loyang 8′ alas dengan baking paper. Jangan digris tepi-tepi loyang ye.
5. Kukus adunan pink selama 10 minit dalam kukusan yang sudah mendidih. Kukus dengan api sederhana besar.
6. Setelah 10 minit buka kukusan tekan permukaan kek pelan-pelan, kalau sudah masak baru masukkan adunan oren, ratakan, hentakkan loyang pelan-pelan agar nantinya tidak bergelembung.
7. Kukus lagi 10 minit. Ulang proses melapis hingga habis semua adunan (pink, oren, kuning, hijau, biru, ungu). Untuk lapisan terakhir, kukus selama 20 minit.
8. Setelah kek masak, keluarkan ia dari kukusan. Kemudian, keluarkan kek dari loyang. Hati-hati yunk.. Panas.
9. Potong kek nipis-nipis ketika ia masih lagi panas. Bubuh filing yang kita suka, kemudian gulung kek dengan kemas. siap.
Tip:
1. Setiap kali bubuh adunan hentakkan loyang dulu ye. Supaya takde ruang udara didalam kek. Takde la nanti bila kita potong kek banyak lubang-lubang. Nanti kek roll tak cantik.
2. Potong kek jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis, Sedang-sedang je. Boleh try potong satu dulu, cuba gulung.. Ok ke tak ketebalannya (aznie potong kurang dari 1/2 cm).
3. Masa gulung aznie guna plastik bungkus nasi lemak tu je.. Takde guna kain basah cam dulu.
Resepi Oleh: Aznie Khasri